News & Event

event we manage and our daily work

Apakah Tugas dan Fungsi Perunding Perkahwinan

Perunding Perkahwinan

PERANCANG PERKAHWINAN / WEDDING PLANNER

Tugas utama perancang majlis adalah sebagai koordinator atau penyelaras sesebuah majlis perkahwinan.

Jika dahulunya peranan perancang perkahwinan/ Wedding Planner ini hanya digunakan oleh golongan atasan yang berpendapatan tinggi atau golongan VVIP kini ianya telah berubah dimana khidmat Perancang Perkahwinan / Wedding Planner mampu diperolehi oleh orang biasa atau berpendapatan sederhana di sebabkan kemudahan atau faedah yang bakal diperolehi daripada khidmat tersebut.

Kelebihan menggunakan khidmat kami sebagai Perancang Perkahwinan / Wedding Planner adalah seperti berikut:-

  • Memudahkan persiapan majlis perkahwinan di mana Perancang Majlis Perkahwinan / Wedding Planner yang dilantik oleh bakal pengantin akan membantu bakal pengantin dan keluarga di dalam merancang dan melaksanakan keseluruhan majlis perkahwinan bermula dari majlis pernikahan, malam berinai hinggalah majlis resepsi berlangsung.
  • Hasil dari kajian dan pengiraan yang dibuat oleh kebanyakkan bakal pengantin kami mendapati penggunaan khidmat Perunding Perkahwinan / Wedding Planner adalah lebih menjimatkan di mana semua perkara iaitu andaman, dekorasi, pelamin, catering, fotografi , videografi dan sebagainya kerana kesemua perkhidmatan tersebut di ambil dari satu pihak sahaja. Ini kerana perunding perkahwinan / Wedding Planner mendapat harga “kos” sahaja bagi setiap perkhidmatan atau produk. Kos perbelanjaan perkahwinan adalah lebih tinggi jika ianya diambil berlainan dari beberapa pihak.
  • Pada masa ini, kebanyakkan bakal mempelai dan ibu bapa mereka mempunyai kerja tetap dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persiapan perkahwinan dengan sempurna. Justeru dengan melantik Perancang Perkahwinan / Wedding Planner yang tentunya berpengalaman, maka persiapan perkahwinan dapat dibuat dengan lancar dan sempurna.
  • Majlis dapat dirancang, diurus dan dilaksanakan dengan lebih teratur disebabkan terdapat pihak profesional yang berpengalaman yang dilantik. Seeloknya bakal pengantin dinasihatkan melantik Perunding Perkahwinan / Wedding Planner 6 bulan dari tarikh perkahwinan bagi memastikan perancangan awal dapat dibuat dengan sempurna.

Great Creation Wedding Planner, menyediakan perkhidmatan Perancang Perkahwianan / Wedding Planner dalam memudahkan bakal-bakal pengantin dalam menyiapkan dan menyediakan semua yang berkaitan dalam sesuatu Majlis Perkahwinan yang bakal diadakan. Pihak kami akan berbincang dan menyediakan khidmat perundingan yang meliputi pelbagai perkara.

Turut menyediakan pelbagai Pakej Perkahwinan mengikut trend terkini dan kontemporari yang pastinya dalam memenuhi citarasa para bakal pengantin mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.

Bagi bakal pengantin yang hanya mahukan pakej berasingan pula, pihak kami turut menyediakan pakej sebagaimana di atas secara berasingan dengan harga yang amat berpatutan.